KUALA LUMPUR: Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Rosly Hassan
mengesahkan anak remaja seorang penyanyi wanita era 80-an ditangkap
ketika didakwa sedang cuba mencuri motosikal di Putrajaya baru-baru ini.
Rosly berkata remaja lelaki berusia 16 tahun itu yang merupakan anak
kepada peserta peringkat separuh akhir program realiti televisyen Gegar
Vaganza 2, ditangkap bersama seorang lagi remaja berusia 18 tahun.
"Kedua-duanya telah dituduh Isnin lalu di Mahkamah Majistret Putrajaya
di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan. Mereka
mengaku tidak bersalah.
"Perbicaraan ditetapkan pada Februari 2016," katanya dipetik Bernama.
Kedua-dua remaja berkenaan dibebaskan dengan jaminan polis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.