PARLIMEN l Gobind Singh Deo (DAP-Puchong)
mahu Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar meletakkan jawatan
selepas Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) mendapati
bahawa seorang tahanan dipukul hingga mati oleh polis tahun lalu.
Dalam laporannya, EAIC mencadangkan dakwaan membunuh dikenakan ke atas anggota polis berkenaan selepas siasatan mendapati Syed Mohd Azlan Mohamed Nur, 25, dipukul hingga mati ketika dalam lokap di Sungai Rengit, Johor, pada 3 Nov 2014.
"Ini laporan memalukan membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Laporan seumpama ini cukup untuk IGP letak jawatan," kata Gobind Singh Deo di Dewan Rakyat ketika membahaskan Bajet 2016 malam semalam.
Ketua Polis Johor kemudian mengklasifikasikan kematian itu sebagai "kematian mengejut", satu istilah yang tidak boleh dicabar, kata Gobind.
Walau bagaimanapun, katanya, laporan siasatan mendapati terdapat 61 jenis kecederaan di wajah, badan dan kedua-dua kaki lelaki itu.
"Sebahagian daripada kecederaan adalah selaras dengan usaha mangsa melindungi dirinya daripada keganasan fizikal oleh anggota polis.
"Sudah begitu banyak kes (seperti ini). Kita ada Teoh Beng Hock, kita ada Kugan dan sekarang Syed Azlan pula," kata Gobind.
[Baca berita penuh]

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.