shahbudindotcom
Drama
muncul lagi. Hampir tiap kali tibanya hari Selasa, selalu saja muncul
drama baru berkaitan saman Perdana Menteri, Najib Razak terhadap akhbar
perniagaan terkemuka Amerika Syarikat, The Wall Street Journal (WSJ)
yang digembar-gemburkan sebelumi ini.
Setelah
beberapa drama berjaya dipentaskan sehingga berpuluh-puluh hari Selasa
telah berlalu, namun saman tidak juga menjadi kenyataan sebagaimana yang
dijanjikan, sebaliknya wang RM2,600 juta yang didedahkan WSJ itu pula
yang makin kuat dipertahankan, kini muncul satu lagi drama baru
mengenainya.
Peguam
Najib hari ini pula berkata, saman terhadap WSJ itu mungkin tidak
difailkan di Amerika Syarikat atas alasan Perdana Menteri tidak begitu
dikenali di sana.
Faktor
tidak dikenali itu menjadi pertimbangan baru kerana kononnya jika
menang pun, jumlah pampasan yang diterima Najib nanti hanyalah kecil
saja.
Keadilan
adalah satu perkara, tetapi ganti rugi juga penting, kata peguam Najib
dengan memberi contoh seorang ahli perniagaan United Kingdom yang menang
saman di Amerika Syarikat tetapi hanya menerima jumlah pampasan yang
kecil jumlahnya.
Peguam
Najib turut memberi contoh kononnya Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng juga
mengemukakan saman bukan saja untuk mencari keadilan, tetapi juga untuk
mendapatkan pampasan.
Hahaha...semalam
ketawa kepada Hadi Awang yang mahu menjadi penasihat BN, hari ini
terpaksa ketawa untuk Najib dan peguamnya pula.
Satu
demi satu drama lucu berjaya mereka pentaskan mereka untuk hiburan
rakyat negara ini. Benarkah Najib tidak begitu dikenali sedangkan beliau
paling kerap melawat Amerika Syarikat, dapat bermain golf dengan Obama
serta mungkin paling banyak menjadi sebutan medianya atas pelbagai
sebab?
Dan bila pula Anwar dan Guan Eng mengemukakan saman semata-mata kerana wang pampasan?
Bukankah
dulu Najib ada mengatakan saman akan dikemukakan terhadap WSJ adalah
bertujan untuk membersihkan namanya yang kononnya telah difitnah oleh
akhbar perniagaan itu?
Apa hal nak fikir besar atau kecil gantiruginya pula sekarang ini?
Apakah
Najib seorang Perdana Menteri yang tidak berduit sehingga begitu
mengharapkan laba pampasan yang besar apabila mengemukakan saman
terhadap WSJ?
Bukankah derma besar RM2,600 juta sudah ada?
Sebelum
bercakap soal gantirugi pula, apakah peguam Najib benar-benar yakin
mereka boleh menang apabila menyaman akhbar tersebut berkaitan
pendedahan wang RM2,600 juta yang masuk ke akaun peribadinya?
Dalam
masa yang sama, peguam Najib juga memberi alasan mengenai kesukaran
untuk mengemukakan saman terhadap WSJ di Malaysia kerana bimbang akhbar
itu menggunakan perlindungan Akta Speech yang menjadikan keputusan
mahkamah itu tidak boleh dikuatkuasakan di Amerika Syarikat.
Makna
mudahnya, semuanya belum pasti lagi sama ada Najib mahu meneruskan
saman itu atau sebaliknya. Sebabnya, kalau nak saman di Amerika
Syarikat, takut jumlah pampasannya ciput manakala jika di Malaysia pula,
bimbang dengan Akta Speech.
Lalu,
drama dan alasan sentiasa direka untuk melengahkan masa sambil
membuatkan rakyat secara perlahan-lahan terhasut dan percaya dengannya,
lalu bersetuju bahawa saman itu tidak perlu diteruskan.
Sebenarnya itulah tujuannya drama menjelang hari Selasa ini dipentaskan.
Maka,
bukankah lebih mudah jika Najib dan peguamnya berterus-terang saja
bahawa saman itu tidak jadi difailkan sama ada di Amerika Syarikat
mahupun di Malaysia? Mahu disaman apa lagi kerana dakwaan berkaitan wang
itu bukan saja sudah diakui, bahkan sudah ramai yang bangga dapat turut
menerimanya.
Tidak
perlu terus menerus mementaskan drama demi drama kerana "makcik Felda
"dan "pakcik kedai kopi di kampung" sebenarnya sudah ramai yang
menggunakan telefon pintar sekarang ini. Mereka sudah faham
segala-galanya.
Cukup-cukuplah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.