SHAH ALAM: Himpunan Fastaqim (H60K) yang berjaya mengumpulkan lebih
100,000 penyokong PAS di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu minggu
lalu tidak menjamin kemenangan parti itu pada pilihan raya akan datang.
Penganalisis politik, Profesor Dr. Atory Husain berkata PAS tidak boleh
terus mendabik dada sebaliknya fokus kepada meraih sokongan di
negeri-negeri lain, yang bukan menjadi kubu kuatnya selama ini.
"Saya kata (PAS) tidak boleh mendabik dada sangat kerana kehadiran itu ramai maka tetap menang pilihan raya akan datang.
"(Itu) belum tahu lagi. Tambah pula dengan isu-isu sekarang ini juga
cukup menarik untuk dilihat dan dipertimbangkan oleh pengundi-pengundi",
katanya kepada Antarapos.
Atory yang juga Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan,
Universiti Sains Malaysia (USM) berkata kehadiran penyokong PAS mungkin
tidak ramai jika himpunan itu dibuat di negeri lain.
"Adakah indikator yang mutlak yang menyatakan PAS tetap kuat hanya
Pilihan Raya Umum (PRU) sahaja yang boleh menentukannya", soal Atory.
"Saya rasa di Kelantan memang wajarlah sebab Kelantan adalah kubu kuat
PAS, kalau ditempat lain tu dia bergantung kepada keadaan," katanya.
Direkodkan lebih 100,000 penyokong PAS memenuhi stadium berkenaan
sebagai tanda sokongan berterusan kepada parti berkenaan selepas dibadai
beberapa kemelut sebalum ini.
"Pandangan daripada (Datuk Seri) Hadi Awang sendiri menyatakan bahawa
PAS sebenarnya tetap relevan dan dia pun sudah membuat banyak
kelonggaran iaitu Bai'ah parti akan dimansuhkan dan golongan profesional
tetap akan diberi jamiman bersama ulama, jadi ini juga merupakan satu
tarikan supaya ahli-ahli PAS yang mungkin merajuk dan tidak puashati
akan kekal dalam PAS.
"Saya fikir ucapan Hadi Awang baru-baru ini bahawa PAS sangat
memerlukan golongan profesional untuk membantu PAS dalam memperjuangkan
Islam dan sebagainya", tambah Atory lagi.
Ia himpunan pertama anjuran PAS selepas PAS meninggalkan Pakatan Rakyat
dan bekas pemimpin progresifnya yang berpengaruh keluar meninggalkan
parti bagi membentuk Parti Amanah Negara (Amanah).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.