Zahid rayu pemberita bantu kembalikan pengundi Cina, India kepada BN
Naib
Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berucap merasmikan
mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Puchong di Serdang, hari ini. –
Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, Sehari
selepas himpunan Bersih 4 berlangsung, Timbalan Perdana Menteri Datuk
Seri Ahmad Zahid Hamidi merayu pertolongan pemberita agar mengembalikan
sokongan pengundi Cina dan India kepada Barisan Nasional (BN). Bercakap sewaktu merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Puchong,
Zahid berkata beliau yakin pengundi komuniti itu tidak menyisihkan BN
secara mutlak kerana media yang diikuti kaum India dan Cina masih
memberikan liputan kepada majlis Umno dan gabungan pemerintah itu.
"Sekarang ni mereka tak yakin dengan kita. Mereka bukannya benci sangat dengan kita.
"Cuba tanya pemberita, (mereka) tak benci kita pun. Kalau benci mereka tak akan datang sini pun, betul tak?" kata Zahid. Beliau kemudian memalingkan badannya ke arah kumpulan pemberita yang
bertugas dan menyampaikan pesanan berikut:"Tolong ubah minda orang Cina
dan India supaya mengundi BN dalam pilihan raya umum akan datang. Tolong
tulis itu," katanya.
Himpunan Bersih 4 yang berlangsung selama 34 jam pada 29 dan 30 Ogos
berjaya mengumpulkan puluhan ribu peserta yang berkampung semalaman di
kawasan sekitar Dataran Merdeka.
Penganjur mendakwa berjaya mengumpul 500,000 orang sepanjang perhimpunan selama 34 jam itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.