Buat sementara ia menggunakan nama Parti Pekerja Malaysia sebelum ia ditukar kepada Parti Amanah Negara, 16 September depan.
KUALA LUMPUR: Gerakan Harapan Baru (GHB) memutuskan menubuhkan Parti Pekerja Malaysia selepas cadangan untuk menggunakan nama Parti Prograsif Islam tidak mendapat kelulusan Pendaftar Pertubuhan (RoS).
Bagaimanapun ia hanya sementara sebelum ia ditukar kepada ‘Parti Amanah Negara’ yang akan dilancar 16 September ini.
“Pelancaran parti ini akan dibuat pada tanggal keramat 16 September ini,” katanya pada sidang media pada Isnin.
Katanya, pindaan nama serta perlembagaan parti akan kita kemukakan kepada RoS selepas ia diputuskan bersama.
Jelas Mohamad lagi, dengan adanya wadah baru ini, ia akan menampilkan sebuah lagi parti politik Islam di negara ini.
Bahkan, ia juga akan meneruskan legasi perjuangan politik Islam yang diteruskan bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dan beberapa lagi tokoh pemimpin PAS yang terdahulu.
“Kami akan usahakan bersama momentum perubahan politik atas dasar tahaluf yang jujur dan komited dalam perkara yang disepakati bersama rakan-rakan parti politik DAP, dan PKR serta penubuhan kembali Pakatan Rakyat 2.0,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.