AHMED SYAHRIL ZULKEPLY
Asyraf Wajdi berkata,
kalau betul ada aktiviti pelacuran di Makkah, orang Mukmin tidak akan
rela menyebar, menyiar dan membuka keaiban saudara seIslam dengan cara
sebegini. - Foto arkib TRP/ Adib Hakim
KUALA LUMPUR, “Nasihat saya kepada mereka yang membaca status Facebook seorang jurugambar dan blogger yang mendakwa banyak rumah pelacuran di sekitar Makkah, usah kongsi di Facebook masing-masing,” kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Jelasnya, nasihat itu bertujuan mengelakkan tindakan merendah-rendahkan Tanah Haram di mata umat Islam.
“Kalau pun benar di Makkah ada aktiviti
pelacuran, orang Mukmin tidak akan rela menyebar, menyiar dan membuka
keaiban saudara seIslam dengan cara sebegini.
“Apatah lagi ia adalah dakwaan, fitnah dan tuduhan yang didengar entah dari siapa.
“Sesungguhnya membuka dan menyebar
keaiban saudara seIslam adalah sifat munafik. Apatah lagi keaiban yang
direka cipta dengan tujuan memburuk-burukkan dan merendah-rendahkan dua
Tanah Haram pada mata orang Islam sendiri,” katanya dalam kenyataan yang
dimuat naik ke laman Facebook miliknya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.