SM AMIN
Menurut sumber, polis
kini dipercayai sedang mencari Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu
(PVTM), Mohd Ali Baharom atau lebih dikenali sebagai Ali Tinju (tengah)
untuk membantu siasatan. — Gambar fail TRP
KUALA LUMPUR, Selepas Pengerusi Gabungan NGO Melayu Islam, Datuk Jamal Md Yunus ditahan polis pada Jumat malam, polis kini dipercayai sedang mencari Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd Ali Baharom untuk membantu siasatan.
Menurut sumber, Ali atau lebih dikenali
sebagai Ali Tinju itu sebelum ini berkeras akan meneruskan himpunan di
Petaling Street bagi menuntut hak sama rata kepada peniaga pelbagai kaum
di kawasan itu.
“Jamal ditahan bawah Akta Hasutan, Ali di
bawah Sosma (Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012).
Polis sedang mengesan dia (Ali) sekarang ini,” katanya kepada The Rakyat Post.
Ali sebelum ini mengatakan 99 peratus
perhimpunan akan diadakan dan yang akan datang adalah pahlawan-pahlawan
Melayu dan pihaknya tidak akan tunduk desakkan daripada mana-mana pihak.
Ali
Tinju juga dilaporkan telah memberi amaran kepada polis sebelum
perhimpunan pada 16 September lalu, bahawa orang-orangnya akan
berwaspada terhadap sebarang provokasi yang dilakukan orang Cina.
Sementara itu, Setiausaha Jamal, Duranny Izam ketika dihubungi berkata Jamal akan dibebaskan polis petang ini.
“Kalau tidak ada apa-apa berlaku di Petaling Street, Datuk akan dibebaskan jam 6 petang ini,” katanya.
Jamal ditahan pada jam 8.50 malam tadi,
ketika beliau hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya
berkaitan perhimpunan yang dikatakan akan diadakan di Petaling Street
pada Sabtu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala
Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad yang memberitahu, Jamal ditahan di bawah
Seksyen 105 Kanun Prosedur Jenayah, yang memberi kuasa kepada polis
untuk menahan seseorang individu itu, supaya tidak menjejaskan
ketenteraman awam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.