SINAR HARIAN
SHAH ALAM - Hanya dengan suara keramat rakyat dibantu dengan undi tidak
percaya Dewan Rakyat sahaja yang boleh menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun
Razak, kata Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini.
Bekas perdana menteri itu juga turut menjelaskan mengapa beliau dilihat
hadir ke perhimpunan Bersih 4.0 pada Sabtu dan Ahad lalu.
"Ramai yang tertanya-tanya apakah saya sudah jadi penyokong Bersih.
Apakah saya sokong parti lawan DAP dan Kit Siang. Ada juga yang bertanya
saya sudah memihak kepada orang Cina," kata Dr Mahathir dalam
perkongsian terbaru di Chedet.cc.
Menurut beliau, segala cara untuk menukar Perdana Menteri mengikut
undang-undang dan Perlembagaan Negara sudah ditutup oleh Najib.
"Oleh itu saya terpaksa menyertai demonstrasi jalanan anjuran Bersih yang bertema singkirkan Najib kerana rasuah.
"Saya rayu kepada ahli Dewan Rakyat Umno dan Barisan Nasional (BN)
supaya menyokong undi tidak percaya kepada Najib. BN tidak akan jatuh
setelah Najib disingkir. BN masih parti majoriti," jelas Dr Mahathir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.