Rabu, 2 September 2015

IACC sedia berdepan jika ditanya isu 1MDB

1MDB
1Malaysia Development Berhad
 
 
PUTRAJAYA - Negara mungkin akan berdepan dengan persepsi berkaitan skandal badan pelaburan kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada Persidangan Antirasuah Antarabangsa (IACC) yang akan bermula esok. 
 
Tidak menolak kemungkinan persoalan tersebut akan dibangkitkan dalam persidangan IACC, pengerusi persidangan, Datuk Mustafar Ali berkata, pihaknya sudah bersedia untuk berdepan dengan isu tersebut jika ia dibangkitkan.
 
“Persepsi akan ada namun langkah-langkah pencegahan berkesan yang dilakukan oleh badan SPRM akan mampu mengetengahkan fakta dan kejayaan SPRM di dalam persidangan itu nanti.
 
“Kita mengetengahkan usaha-usaha dan langkah strategi yang dilakukan oleh SPRM dan kerajaan. Apa yang kita ingin tekankan dalam persidangan nanti adalah jalan penyelesaian dan kaedah yang kita ambil dalam mendepani isu rasuah dalam negara,” katanya ketika ditemui pemberita pada sidang media berkaitan Persidangan IACC di sini, hari ini.
 
Persidangan IACC merupakan persidangan peringkat antarabangsa yang digariskan khusus untuk menentang dan memerangi rasuah di setiap negara yang terlibat.
 
Lebih 130 negara menghantar wakil masing-masing untuk berkongsi ilmu dan maklumat untuk dijadikan panduan dalam membasmi gejala rasuah di negara yang terlibat.
 
Antara negara yang turut terlibat dalam persidangan ini termasuk, Kenya, Filipina, Australia, Afrika Selatan, Amerika Syarikat, dan Tanzania

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.