BERNAMA
Kerajaan negeri
memperuntukkan sebanyak RM12.9 juta bagi menyediakan 135 hotspot wifi
percuma yang akan dipasang secara berperingkat.
JOHOR BAHRU, Rakyat Johor bakal menikmati perkhidmatan wifi percuma di beberapa lokasi di negeri ini mulai Januari tahun depan.
Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled
Nordin berkata kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM12.9 juta bagi
menyediakan 135 hotspot wifi percuma yang akan dipasang secara
berperingkat.
Katanya projek WiFi Percuma Johor merupakan hasil kajian Pelan Suara Hati Johor yang dijalankan pada 2013.
Beliau berkata hasil kajian itu
menunjukkan sebanyak 20.36 peratus responden berkehendakkan kemudahan
telekomunikasi dipertingkat.
“Program yang meliputi tempoh tiga tahun
pemasangan itu, akan melibatkan 10 daerah, 16 Pihak Berkuasa Tempatan
(PBT) dan 13 Projek Perumahan Rakyat (PPR),” katanya dalam kenyataan di
sini hari ini
Dataran Bandaraya Johor Baharu merupakan
lokasi pertama dari 135 hotspot yang menawarkan kemudahan wifi percuma,
mulai malam tadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.