Isnin, 28 September 2015

DAP mahu kemuka usul kutuk demo 16 Sept

Susan Loone

 



MP DAP Tanjong Ng Wei Aik mahu mengemukakan usul di Parlimen, mengutuk perhimpunan Baju Merah pada 16 September lalu yang disifatkannya sebagai "perkauman dan menghasut ketegangan kaum".

Ng akan menulis surat kepada Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Rosme Hamzah untuk memohon supaya usul itu akan dibentangkan pada persidangan Parlimen akan datang, yang bakal diadakan dari Oktober hingga Disember.

"Perhimpunan ini adalah bersifat perkauman dan menghasut ketegangan kaum kerana ia menuntut untuk sekolah bahasa Cina ditutup, menuduh polis menjadi orang suruhan Cina dan juga mempersoalkan kewujudan Little India," katanya dalam sidang akhbar di pusat khidmat di George Town hari ini.

Ng berkata usul tersebut dibentangkan bawah seksyen 27(2) dan 58(2) Perintah Tetap Dewan.

Katanya, tujuan beliau sebagai langkah menggalak pihak lain turut serta, sambil menambah jika parti komponen BN membentangkan usul mengutuk perhimpunan tersebut, ia akan memberi lebih perhatian.

"Jika Kabinet tidak bersetuju, anggota parlimen MCA boleh melakukannya dengan diri mereka sendiri.

"Jika mereka tidak boleh membuat ia pada masa (21 hari kepada Parlimen), mereka masih boleh membangkitkan isu ini di Senat yang akan mengadakan sebanyak 7 Dis selepas Dewan Rakyat bermesyuarat dari 19 Okt hingga 3 Dis," katanya .

"Jika tidak, semuanya hanya sekadar bercakap sahaja."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.