KANGAR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan
sokongan dan kerjasama masyarakat untuk memerangi kegiatan rasuah di
negara ini.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Mustafar Ali
berkata, walaupun tahap kerjasama itu memberangsangkan sejak
kebelakangan ini, namun ia boleh dipertingkatkan lagi.
Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas majlis penerangan
dan dialog SPRM bersama masyarakat Cina di Wisma MCA di sini Sabtu
malam.
Mustafar berkata orang ramai tidak perlu takut memberi maklumat kepada SPRM kerana nama mereka dirahsiakan.
Mengenai usaha pembanterasan rasuah di sempadan, beliau berkata perkara
itu juga diberi tumpuan dengan kerjasama agensi-agensi penguat kuasa
berkaitan.
Mustafar berkata, SPRM akan menyiasat secara telus setiap maklumat yang
diterima dan tindakan pendakwaan terserah kepada Jabatan Peguam Negara.
Sementara itu, semasa menutup majlis perjumpaan itu, Menteri Besar
Datuk Seri Azlan Man berharap melalui program sedemikian akan
menyedarkan masyarakat di negeri ini pentingnya peranan mereka membantu
SPRM memerangi rasuah.
Katanya, rasuah harus dibanteras habis-habisan kerana amalannya boleh mengancam keselamatan negara dan menyekat pembangunan.-- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.