Rabu, 12 Ogos 2015

Rombak Jawatankuasa Pemilih sebelum lantik ahli PAC baharu

 
Ahli Jawatankuasa Pemilih tidak lagi bersama Kabinet Malaysia iaitu Muhyiddin dan Palanivel.


RAHMAN-DAHLAN_pac_600


KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pemilih perlu dirombak terlebih sebelum pelantikan Ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang baharu, kata Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu berkata, rombakan itu perlu dibuat mengikut kedudukan terkini Kabinet Malaysia, susulan beberapa ahli Jawatankuasa Pemilih tidak lagi berada dalam kerajaan.

“Jawatankuasa Pemilih juga perlu dirombak dan diubah berdasarkan faktor semasa dan kalau tidak buat itu, tidak mungkin kita boleh memilih anggota baru PAC kerana pemilihan itu datang dari Jawatankuasa Pemilih ini,” katanya.

Dua anggota Jawatankuasa Pemilih yang tidak lagi dalam Kabinet ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri G Palanivel.

Pembangkang dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mendesak ahli PAC dilantik segera supaya siasatan terhadap 1MDB dapat diteruskan.

Siasatan 1MDB oleh PAC ditangguhkan selepas empat anggota PAC termasuk Pengerusi, Datuk Nur Jazlan Mohamed dilantik Menteri dan Timbalan Menteri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.