SARAH M.KHIR
Perbarisan anggota
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut mewarnai sambutan Hari Kebangsaan
2015 yang berlangsung di Dataran Merdeka, hari ini. Foto FB Mindef
KUALA LUMPUR, Seramai 40 malim gunung yang menyertai perarakan Hari Kebangsaan 2015 disambut dengan teriakan gemuruh oleh penonton di Dataran Merdeka, hari ini.
Pasukan penyelamat yang digelar ‘wira tak
didendang’ bagi sumbangannya terhadap bencana gempa bumi di Sabah
muncul selepas Jalur Gemilang diarak masuk.
Perarakan kontinjen bermula tepat jam
8.50 pagi dengan diketuai pasukan pembawa Jalur Gemilang dan pembawa
Jalur Gemilang negeri-negeri bermotokan “Satu Suara Satu Belia, Demi Mu
Oh Malaysia! Belia Terus Mara Kehadapan.
Hari Kebangsaan 2015 juga menyaksikan
penyertaan kontinjen terbesar Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melibatkan
60 pegawai dan 1,532 anggota.
Ia termasuk perarakan pancaragam Pusat
Kor Armor Diraja, veteran ATM, pancaragam Pusat Tentera
Udara Diraja
Malaysia serta unit berkuda, Skuadron Istiadat Berkuda.
Perarakan juga turut dihiasi dengan persembahan beberapa pesawat milik Angkatan Tentera Udara Malaysia.
Antaranya adalah pesawat Agusta 109, A
400 M, C-130, F/A 18d dan 10 buah pesawat tempur Su 30 Mkn yang
digerakkan secara formasi diketuai Mejar Mohd Norazan Othman.
Kontinjen penghibur dan animasi pula diwakili oleh Les Copaque dan Finas dengan membawa maskot animasi popular, Upin dan Ipin.
Kemuncak perarakan diserikan dengan
persembahan Kontinjen Komponen Rakyat Bersepadu daripada pelbagai bangsa
oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Permata seni tari
kanak-kanak, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan lain-lain.
Majlis diumumkan tamat selepas 9,492
peserta berarak sebelum Keberangkatan pulang Yang di-Pertuan Agong,
Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah serta Raja Permaisuri Agong, Tuanku
Sultanah Haminah tepat jam 10.10 pagi.
Turut berangkat meninggalkan majlis
adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri
Rosmah Mansur serta Timbalan Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
dan isteri.
Antara pemimpin kehormat lain yang turut
kelihatan adalah mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan
bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Hari Kebangsaan 2015 yang bertemakan
‘Malaysia Sehati Sejiwa’ sebelum ini diumumkan Kementerian Komunikasi
dan Multimedia selaku sekretariat sambutan berkenaan.
Buat julung kalinya sambutan tahun ini
tidak lagi disebut ulang tahun kali ke berapa sebaliknya hanya dikenali
sebagai sambutan Hari Kebangsaan 2015.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.