IKHWAN HAZWAN
Dr Maszlee Malik berkata,
bagi memastikan apa yang ingin ditawarkan kepada rakyat itu bersesuaian
dengan namanya iaitu Harapan Baru. Foto Youtube.
KUALA LUMPUR, Harapan Baru (GHB) perlu meneroka identiti tersendiri dan juga tidak boleh membawa DNA Pas sekiranya benar-benar ingin menonjolkan wadah politik baru kepada rakyat.
Penganalisis politik Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malik berkata, bagi memastikan
apa yang ingin ditawarkan kepada rakyat itu bersesuaian dengan namanya
iaitu Harapan Baru maka apa yang paling penting untuk dilakukan ialah
menonjolkan muka dan barisan hadapan yang baru.
Menurutnya, sekiranya parti berkenaan
masih mengekalkan muka atau tokoh-tokoh yang sedia ada maka tidak ada
apa yang baru mengenainya melainkan sebuah parti politik serpihan
daripada Pas.
“Mereka perlu melihat kepada aspek yang
lebih besar serta melibatkan aktivis, ahli akademik, ahli sukan, artis,
anak-anak muda dan golongan terpinggir yang ingin bersama gagasan Islam
yang lebih inklusif yang mereka bawa.
“Kalau benar mereka boleh ke arah
berkenaan maka benarlah parti berkenaan boleh membawa harapan baru
tetapi kalau asyik nak bawa bekas pemimpin dan penyokong Pas, ia masih
lagi wajah politik lama dan tidak apa yang baru mengenainya,” katanya
ketika dihubungi The Rakyat Post, baru-baru ini.
Tambah Maszlee, GHB juga perlu belajar
dan mengambil pengajaran corak tertentu dalam sejarah negara yang
dilihat tidak berubah sekalipun masa kian berlalu.
Jelasnya, adalah penting bagi GHB tidak
mengulangi trend dan corak yang dilakukan oleh parti serpihan Pas yang
terdahulu iaitu Parti Hizbul Muslimin Malaysia (HAMIM), Barisan Jemaah
Islamiah Se-Malaysia (BERJASA), Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM)
dan Islah
Katanya, formula GHB perlulah lebih segar
dan perlu membina kekuatan dan corak politik tersendiri bagi memastikan
ia akan mendapat sokongan rakyat.
“Sebaliknya kalau dia mengulangi formula
yang sama dilakukan oleh keempat-empat parti serpihan berkenaan maka
sejarah yang sama akan menimpa GHB.
“Oleh itu tokoh-tokoh GHB perlu menelaah
apakah yang corak dan formula yang menyebabkan keempat-empat parti
terdahulu tenggelam dan akhirnya berkubur begitu sahaha.
“Sekiranya gagal maka GHB akan
melengkapkan dan menambahkan lagi bilangan parti serpihan Pas yang
kecundang dalam arena politik tanah air,” ujarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.