MALAYSIAKINI
Seorang bekas anggota kabinet hari ini membangkitkan sama ada pelantikan
Datuk Seri Zahid Hamidi menggantikan Tan Sri Munyiddin Yassin sebagai
timbalan perdana menteri hanya bersifat sementara.
Tan Sri Zainuddin Maidin, menteri penerangan antara 2006 hingga 2008,
berteori, pelantikan Zahid akan memastikan laluan mudah buat Datuk Seri
Hishamuddin Hussein mengambil tempat sebagai perdana menteri atau
timbalan perdana menteri pada masa sesuai.
Bekas ketua pengarang kumpulan Utusan Melayu itu juga mengingatkan
bahawa Hishamuddin seorang sepupu Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Razak.
“Yang
menjadi tanda tanya sekarang ialah adakah pelantikan Zahid Hamidi
sebagai timbalan perdana menteri hanya bersifat sementara bagi
memberikan laluan ke puncak kepada Menteri Pertahanan Datuk Seri
Hishamuddin yang juga pernah menjadi menteri dalam negeri dan banyak
menyimpan rahsia-rahsia penting kementerian itu,” katanya.
Menegaskan tiada perancangan dan janji yang kekal dalam politik,
Zainuddin mengingatkan bahawa kedudukan itu akan ditentukan dalam
pemilihan Umno selepas pilihan raya umum akan datang.
Itu pun, sindirnya, sekiranya BN atau Umno masih berkuasa dan sekiranya Najib merasa perlu untuk berundur.
Sementara itu, Zainuddin juga mempertikaikan pengumuman tergesa-gesa
kabinet baru semalam yang menurutnya mengendalakan keperluan menyediakan
laporan 1MDB telah menghampakan rakyat dan hanya mengutamakan
kelangsungan Najib.
“Jika Najib mengambil berat terhadap kepenatan penantian rakyat
terhadap laporan 1MDB maka tentulah beliau menangguhkan dahulu
pengumuman kabinet barunya yang memerlukannya mengambil tiga orang yang
sedang menjalankan menyiapkan laporan hasil siasatan itu
“Demikianlah juga penyingkiran peguam negara (Tan Sri) Gani Patail yang
terlibat dalam tugas yang sama,” kata Zainuddin yang lebih dikenali
sebagai Zam.
Zainuddin berkata orang ramai kini nampak keperluan membuat rombakan itu
susulan “bahaya yang datang dari kenyataan Muhyiddin” yang mengenai
1MDB dalam majlis Umno Cheras baru-baru ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.