THE RAKYAT POST
Sebahagian sayap pesawat
berkemungkinan jenis Boeing 737 seperti jenis yang digunakan penerbangan
MH370 di temui di Pulau Reunion, yang terletak di Laut Hindi - Foto
twitter Aviation Safety Network
PULAU REUNION, Seorang pakar penerbangan percaya beliau menemui bangkai pesawat MAS, penerbangan MH370, yang hilang pada Mac, tahun lalu.
Bekas juruterbang tentera Xavier
Tytelman, yang kini pakar dalam keselamatan penerbangan, dihubungi pagi
Rabu oleh seorang penduduk di Pulau Reunion di Laut Hindi.
Penduduk berkenaan menghantar beberapa foto bangkai kapal terbang, di mana dipercayai milik pesawat yang hilang.
“Saya telah meneliti beratus-ratus foto dan berbincang dengan rakan sekerja,” kata Xavier kepada The Telegraph.
“Kami bersetuju ia mungkin sayap Boeing 777 – jenis pesawat yang sama yang digunakan untuk penerbangan MH370.
“Polis di Reunion sedang meneliti bangkai
itu dan berkata ia kelihatan telah berada di dalam air kira-kira
setahun lamanya, tempoh yang sama sejak kehilangan MH370.
“Kami tidak dapat memastikannya tetapi berkemungkinan inilah pesawat yang dicari,” katanya.
Pesawat yang membawa 239 penumpang dan
anak kapal itu hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke
Beijing, Mac tahun lalu.
Xavier berkata mereka tidak tahu berapa lama dapat memastikan perkara itu tetapi ia satu perkembangan yang menarik.
Katanya lagi terdapat banyak perbincangan mengenai kod yang ditemui di bangkai berkenaan iaitu BB670.
“Ia bukan nombor plat sebuah pesawat ataupun nombor siri di enjin,” tulisnya.
“Tetapi sekiranya sayap berkenaan milik
MH370, ia akan dapat dikenalpasti melalui nombor berkenaan. Mungkin
dalam masa beberapa hari saja kita akan mendapat jawapan sebenar.”
Pasukan mencari Malaysia dan Australia masih meneruskan pencarian pesawat yang hilang di Laut Hindi sehingga kini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.