MALAYSIAKINI
Pembeli tidak diketahui didakwa mendapat keuntungan A$9 juta (RM26 juta)
hanya dalam tempoh enam bulan dengan menjual pejabat di Melbourne
kepada Mara Inc Sdn Bhd, dakwa anggota parlimen Pandan Rafizi Ramli.
Berdasarkan dokumen yang dibocorkan padanya minggu lepas, Rafizi
berkata, Majlis Mara meluluskan pembelian harta tanah 333, Exhibition
Street dengan nilai A$31 juta (RM89.7 juta) pada 21 Februari, dengan
pemerolehan dilakukan pada 29 Mac 2013.
Bagaimanapun, berdasarkan laporan syarikat harta tanah Quintessential
Equity, Mara Inc menandatangani kontrak jualan untuk harta tanah sama
pada A$22 juta (RM63.7 juta) pada Oktober 2012, dan menyelesaikan jualan
dengan pembeli yang tidak dinamakan pada awal Februari tahun
berikutnya.
“Ini jelas membuktikan bahawa pembelian 333 Exhibition Street ini
melibatkan kaedah yang sama dengan pembelian Dudley House, iaitu harga
yang dibayar oleh MARA Inc adalah jauh lebih tinggi dari harga pasaran,”
kata Rafizi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.