THE RAKYAT POST
Pemilihan Kuala Lumpur
dibuat berikutan ia merupakan laluan utama untuk masuk ke negara ini,
sekali gus memudahkan anggota keluarganya memberikan penghormatan di
pusara mendiang berusia 30 tahun itu nanti.
KUALA TERENGGANU- Mendiang kapten pasukan T-Team, David Faramola Oniya dari Nigeria akan dikebumikan di Kuala Lumpur, demikian diputuskan oleh abang mendiang Andefaramade Oniya.
Beliau berkata keluarganya memutuskan
tidak akan membawa pulang mayat adiknya ke Lagos, Nigeria dan sebaliknya
memilih Kuala Lumpur sebagai lokasi pengebumian.
Katanya keputusan tersebut diambil
berikutan pantang larang budaya mereka untuk orang tua tidak boleh
melihat mayat orang muda termasuk urusan pengembumian.
Malah katanya, pemilihan Kuala Lumpur
dibuat berikutan ia merupakan laluan utama untuk masuk ke negara ini,
sekali gus memudahkan anggota keluarganya memberikan penghormatan di
pusara mendiang berusia 30 tahun itu nanti.
“Bagaimanapun, kami masih melihat proses
pengembumian di Kuala Lumpur, bila dan di mana akan dimaklumkan kemudian
kerana kami hanya ada masa dua minggu di Malaysia,” katanya pada sidang
media di pejabat T-Team di sini, hari ini.
Pada
13 Jun lepas, Faramola, pemain kelahiran Lagos itu rebah sebelum
meninggalkan dunia ketika beraksi dalam perlawanan persahabatan dengan
Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Baharu.
Pemain itu disahkan meninggalkan dunia
akibat komplikasi jantung. Mendiang meninggalkan balu, Lyubov Rogozina,
25, dan anak perempuan Angel, berusia lima tahun.
Sebelim ini, isteri mendiang dan anak
tunggalnya sudah memberi penghormatan terakhir kepada mendiang di Bilik
Mayat Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), Kota Baharu.
Adefaramade dan ejen pemain, Felix Ndukwu
serta wakil Persatuan Bola Sepak Nigeria di Malaysia, Micheal Omojuwa
tiba di sini semalam untuk menguruskan mayat Faramola.
Mengenai pampasan kepada mendiang adiknya
, Adefaramade, 34, berkata mesyuarat mengenai isu itu akan disambung
esok dengan pihak pengurusan T-Team.
“Sekurang-kurangnya keputusan kami ini dapat menjimatkan kos penghantaran mayat balik ke Nigeria,” katanya.
Menurutnya biarpun pengurusan T-Team
membuat tawaran untuk mengembumikan mendiang di negeri ini berikutan
sumbangan dan jasa Faramola membantu pasukan The Titans itu, namun
beliau menegaskan keputusan Kuala Lumpur sebagai pilihan itu telah
dipersetujui ahli keluarganya sebelum ini.
Difahamkan, Adefaramade dan dua rakannya
itu akan dibawa oleh pihak pengurusan T-Team hari ini untuk menuntut dan
menguruskan mayat di HRPZII. Untuk rekod, Faramola merupakan anak
ketiga daripada enam adik beradik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.