Selasa, 30 Jun 2015

SPRM digesa siasat PM dakwaan 1MDB danai PRU13

MALAYSIAKINI


 


Beberapa NGO hari ini menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Datuk Seri Najib Abdul Razak berhubung laporan yang mendakwa dana 1MDB digunakan untuk membiayai kempen perdana menteri dalam pilihan raya umum lalu.

Mereka juga mahu Genting Plantations Bhd dan Yayasan Rakyat 1 Malaysia disiasat oleh badan berkuasa tersebut susulan laporan Wall Street Journal (WSJ) bertarikh 19 Jun.

Laporan itu menyebut SPRM perlu menyiasat sama ada Najib didakwa menyalahgunakan kuasanya bagi membolehkan dana itu disalurkan untuk membiayai kempen pilihan raya itu.

Antara NGO yang membuat laporan itu, NGO Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0), Centre to Combat Corruption and Cronyism (C4) and Transparency International Malaysia (TI-M).

"Sekiranya apa yang dilaporkan oleh WSJ adalah benar, maka siasatan lengkap perlu dijalankan. Mereka tidak boleh buat sesuka hati dengan wang kita.

"Jika ia benar bahawa 1MDB ada kena mengena dengan pilihan raya umum ke-13, maka kita perlu mengetahui perkara ini," kata Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.