MALAYSIAKINI
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassan terlepas peluang
keemasan untuk menyingkirkan bossnya Datuk Seri Najib Razak selepas Umno
memutuskan untuk menangguhkan pemilihan parti sehingga 2018, kata
seorang penulis blog Umno.
Shahbudin Husin mendakwa Muhyiddin sepatutnya membuat gerakan itu
selepas satu klip video dibocorkan yang menunjukkan beliau menggesa
pengarah 1MDB dipecat, tersebar meluas.
"Bersama
serangan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Najib, momentum sebenar bagi
Muhyiddin untuk menyingkirkan Najib ialah sebaik tersebarnya video
ucapannya di Janda Baik beberapa bulan lalu.
"Ketika itu, selain UMNO agak berbelah bagi berkenaan penyelesaian
kerajaan terhadap 1MDB, rakyat juga amat mengharapkan ada sesuatu yang
drastik dapat dilakukan oleh Muhyiddin.
"Tetapi oleh kerana peluang untuk bertindak dan melangkah lebih berani
itu telah dilepaskan begitu saja, momentum untuk Muhyiddin sebenarnya
telah berakhir sekarang ini," kata Shahbudin dalam blognya hari ini.
Beliau menyalahkan Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno itu yang
tidak berani dan sikap berhati-hati yang mendorong terlepas peluang
untuk membuat perubahan kuasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.