Awalnya tulisan ini hanya untuk beberapa rakan saya yang pernah berkongsi meja mesyuarat
Tingkat 5 Pejabat Agung. Namun, saya kira perlu dikongsi dalam ruang
maya yang ada. (saya hanya ada empat grup whatsapp politik)
Soal
untuk menubuhkan parti baru tentu ada baik buruknya. Menubuhkan parti
bukanlah kerja mudah. Saya tidak nampak keperluan untuk dihebohkan pada
masa sekarang. Tanah kubur masih merah lagi. Ia mungkin perlu tapi
perancangan hendaklah jauh teratur dari seperti kaedah untuk
menganjurkan demonstrasi.
Terma 'wadah baru' mungkin lebih realistik dan wibawa. Maaf, penubuhan parti baru hanya sekadar bersifat reactionary dari post muktamar.
Adalah satu
keperluan untuk memastikan team yang dianggotai AJK Pas yang tersingkir
sebagai peneraju berada dalam satu persefahaman. Jika tidak, 'yang
kalah' ini pasti berbalah dengan 'yang kalah'. Jauh untuk menongkah
kezaliman pemerintah.
Kedua, selalu kita menyebut
bahawa orang yang berada dikeliling pemimpinlah yang banyak merosak
pemimpin itu sendiri. Hal ini, harus kita amati dalam lingkaran diri
kita. Jangan menang sorak, kampung tergadai.
Saya bersimpati pada
sahabat sahabat kita yang masih diberi kepercayaan oleh parti di
peringkat Pusat dan Negeri. Biarlah mereka memutuskan yang terbaik.
Apakah 9 dari 10 butir peluru harus kita lepaskan pada mereka juga?
Saya
menyedari hal asas ini agak diabaikan. Jika tidak, biarlah saya
menjadi penyair. Dan tatkala itu, tiada siapapun mengisahkan kita
semua.
Sekian.Wasalam
http://muktamarpas61.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.