Malaysia Muflis dan Bangkrap Seperti Greece Jikalau Cukai GST 6% Tidak Dilaksanakan?
Anda semua di sini sebagai rakyat
marhaen yang membanting tulang setiap hari ada 2 pilihan, samada anda
perlu berusaha keras membayar cukai tambahan iiatu cukai GST kepada
kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Najib atau anda bakal melihatkan
kerajaan Malaysia terpaksa menambah hutang negara melalui pinjaman bagi
survival pentadbiran kerajaan Malaysia hari ini sekaligus berisiko besar
untuk Malaysia mulis dan bangkrap seperti negara Greece.
Ini antara bait-bait perkataan yang
pernah keluar daripada mulut seorang Perdana Menteri Malaysia dalam satu
seminar Pengukuhan Ekonomi Negara sebelum ini.
- Kenakan cukai GST
- Cukai pendapatan masih lagi tinggi
- Hutang negara semakin melonjak
Cuma yang Berita Semasa persoalkan,
mengapa dan kenapa kerajaan Malaysia sudah tahu Malaysia bakal
berhadapan dengan muflis dan bangkrap :
- Masih lagi berikan BR1M yang mencecah bilion setiap tahun?
- Berhutang sehingga RM42 bilion untuk 1MDB?
- Tukar jet baru?
- Saiz kabinet Malaysia semakin besar
- Belanja kos sehingga RM7,000 juta semata bagi mendapatkan khidmat nasihat penasihat. Bukankah negara sepatutnya menjadi lebih baik? Apa sudah jadi sekarang? Apa rakyat Malaysia tiada idea yang bijak dan bernas sehingga terpaksa panggil orang luar?
- Anda mahu tambah lagi?
Punca dan Sebab Greece Bangkrap VS Malaysia Muflis?
Jikalau anda semak semula laporan Berita
Semasa di bawah ini, Berita Semasa pernah senarai mengapa dan kenapa
Greece menjadi seteruk pada hari ini? Antara ialah :
- masalah salah urus tadbir negara
- tipu angka ekonomi
- kronisma dan nepostime yang berleluasa
- mempunyai bilangan kakitangan awam yang sangat tinggi, ratio antara yang tertinggi di dalam Kesatuan Eropah.
BAGI LAGI DI SINI : Jika Greece Keluar Daripada Kesatuan Eropah. Ekonomi Malaysia Akan Menerima Kesannnya?
- Bagi Berita Semasa isu GST adalah timing. Jikalau pada ketika ekonomi Malaysia sedang rancak di era 90 an di mana kos sara hidup rakyat Malaysia juga tidak terbeban pada ketika itu, ia adalah masa paling sesuai untuk dilaksanakan GST.
- Tetapi kerajaan lebih selesa memilih untuk melaksanakan GST pada zaman dan ketika semua subsidi ditarik sehingga harga barang terus melambung tinggi ditambah penguatkuasaan yang cukup-ckup lemah.
- Malah cukup pendapatan hanya dikurangkan sekelumit kecil sahaja semata-mata untuk memenuhkan kantung kerajaan Malaysia.
- Kiri kanan ambil? Cukai GST dapat, cukai pendapatan masih kekal begitu juga? Ermmmm…….
P/S : Negara kaya mana sekalipun boleh bangkrap dan muflis dek kerana belanja boros sesuka hati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.