Isnin, 1 Jun 2015

Mipas: Harga minyak naik tanda k'jaan prihatin

MALAYSIAKINI


 


Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas) kecewa dengan kenaikan harga minyak yang dibuat dengan mendadak pada malam tadi tanpa sebarang notis awal.

Setiausaha agung Mipas, S Barathidasan berkata, kerajaan tidak membuat kenyataan rasmi tetapi hanya menyalurkan pengumuman melalui media sosial seperti Facebook, WhatsApp dan SMS dan blog.

Dengan sinis, beliau seterusnya mengucapkan penghargaan kepada kerajaan kerana kenaikan harga itu menunjukkan kerajaan “prihatin” pada rakyat.

“Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas) dan seluruh rakyat Malaysia amat berterima-kasih kepada Perdana Menteri  Najib Razak  dan Barisan Nasional yang amat prihatin pada rakyat dengan bertindak menaikkan harga petrol dan diesel berkuatkuasa mulai 1 Jun.

 “Kerajaan membuat  pengumuman rasmi menerusi media sosial. Apakah tujuan sebenar Barisan Nasional di sebalik pengumuman yang dibuat secara tergesa-gesa itu?” katanya.

Harga runcit petrol RON95 dan RON97 serta diesel bagi Jun 2015 naik 10 sen seliter berkuatkuasa tengah malam tadi ekoran peningkatan harga minyak mentah dunia.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.