OLEH :Dennis Wong
Pakar mata membenarkan
ahli bomba yang terkena bisa semburan tedung hitam pulang, selepas lapan
jam di bawah pengawasan perubatan. - Foto www.projectnoah.org
BETONG- Rutin mengendalikan kes ular bakal
menjadi trauma buat seorang ahli bomba berusia 32 tahun, selepas terkena
semburan bisa ular tedung di mata kanannya.
Dalam kejadian jam 10 malam di Taman Teo
Zee Hin, malam semalam, Prangka Gudan dan rakan sepasukan lain
bertindak, selepas menerima panggilan kecemasan yang memerlukan khidmat
khas menangkap ular.
Namun, ketika cuba menangkap ia, ular tedung berkenaan menyembur bisa ke arah Prangka.
Berikutan itu, Prangka yang tidak memakai sebarang alat perlindungan mata terpaksa dikejarkan ke hospital untuk dirawat.
Selepas lapan jam di bawah pengawasan perubatan, pakar mata membenarkan beliau pulang.
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Betong, James Wheelan ketika dihubungi The Rakyat Post menjelaskan, ular itu dipercayai jenis tedung hitam peludah khatulistiwa atau nama saintifiknya ‘Naja Sumatrana’.
Spesis itu boleh ditemui di Borneo, dengan kebanyakannya di hutan tropika, selain kawasan bandar.
Makanan utama ia adalah katak, tikus dan ular kecil.
Tedung itu tidak bersifat agresif secara semulajadi, tetapi ia akan menyemburkan bisanya apabila diancam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.