MALAYSIAKINI
Demi ketelusan dan membersihkan namanya, Majlis Amanah Rakyat (MARA)
terbuka untuk disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
atau firma asing yang bersesuaian.
Pengerusinya, Tan Sri Annuar Musa berkata beliau berpegang pada prinsip amanah dan sebarang salah laku tidak akan dilindungi.
“Ttiga empat hari lepas, saya terima laporan dan saya tengok ada yang
tidak mencukupi, sebab itu saya hari ini direct ke SPRM. Apa yang tidak
kena biarkan SPRM teruskan (siasatan)," katanya dalam program bual
bicara di sebuah stesen televisyen sebentar tadi.
MARA
sedang menjadi perhatian ekoran pembelian blok apartmen di Melbourne,
Australia yang dikatakan dikuasai dengan harga jauh lebih tinggi
daripada nilai pasaran.
Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata, MARA akan melantik
juruaudit antarabangsa bertauliah untuk menyemak semua aspek transaksi
itu dan ia tidak terhad kepada audity dalaman.
"Kita kena menambah baik, dan kalau kita nak lihat ruang yang longgar, kita mesti perbaiki,” katanya.
Sebelum ini akhbar Australia, The Age melaporkan seorang
pegawai tinggi MARA, seorang pegawai kanan dan seorang bekas ahli
politik didakwa membelanjakan berjuta-juta dana kerajaan untuk membeli
satu blok apartmen di Melbourne.
Kena hadapi realiti
Akhbar itu mendakwa "sekumpulan pegawai Malaysia yang amat kaya"
terlebih bayar sebanyak AS$4.75 juta (RM13.8 juta) bagi blok apartmen di
bandar raya itu pada 2013.
Ketiga-tiga pegawai itu didakwa "membida lebih tinggi" untuk bangunan
Dudley International House itu, daripada AS$17.8 juta kepada A$22.5 juta
(RM65.3 juta).
Dudley International House merupakan asrama pelajar, dibeli MARA yang
menyediakan biasiswa untuk pelajar Malaysia melanjutkan pelajaran di
luar negara.
Bangunan Dudley International House setinggi lima tingkat di subbandar
East Caulfield menempatkan 115 pelajar MARA di Monash University.
Sementara itu, Annuar ketika mengulas mengenai pegawai yang dikatakan
terlibat mengenai laporan pembelian tanah itu berkata, beliau akan
menyiasat terlebih dahulu dan tidak menolak berkemungkinan terdapat
salah laku.
“Kena hadapi realiti, dalam saya beri maklumat (kepada SPRM), saya tidak
kata akan melindungi sesiapa, dan kita kena siasat, kerana tuduhan itu
serius. Walaupun kata pegawai MARA terlibat, tetapi ia ada pembelian
yang terlibat dijual secara teratur.
“Walaupun nampak begitu, tuduhan kemungkinan pegawai MARA terlibat kita
kena siasat. Tidak boleh tuduh dia buat, tapi tidak menafikan
kemungkinan salah laku,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.