THE RAKYAT POST
Mangsa kebakaran Kampung
Baru Batu 12, Puchong membuat bantahan di hadapan Bangunan SUK pagi tadi
ketika penyerahan memorandum berkenaan isu penempatan penduduk kampung
berkenaan yang sudah lama tidak diberikan rumah setelah rumah meraka
terbakar bersama Chandrakumanan (tengah).-Foto TRP/Mokhsin Zamani
SHAH ALAM- Sekitar 20 orang mangsa kebakaran rumah di Bukit Puchong baru-baru ini hadir ke Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri Selangor bagi menyerahkan memorandum memohon penangguhan notis keluar daripada Dewan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) Bukit Puchong.
Pengerusi Pertubuhan Aduan Rakyat, Datuk
M. Chandrakumanan yang mengetuai penyerahan memorandum itu berkata
mangsa kebakaran telah diberi notis sehingga jam 2 petang ini untuk
keluar daripada dewan tersebut.
“Kalau tidak ada penangguhan hari ini,
mangsa kebakaran akan berpindah ke tapak rumah mereka yang terbakar itu
dan berkhemah di sana.
“Orang Rohingya, Bangladesh dan warga
asing boleh dapat tempat di negara ini, jadi mengapa rakyat Malaysia
tidak boleh dapat tempat?
“Kalau Menteri Besar Selangor boleh
tawarkan rumah di Kelantan, di Selangor juga mesti diperkasakan,”
katanya kepada pemberita di lobi SUK di sini.
Memorandum tersebut telah diserahkan dan diterima oleh Ketua Setiausaha Sulit Menteri Besar Selangor, Datuk Mohamad Yasid Bidin.
Dalam kejadian Jumaat lalu, MPSJ telah
bertindak mengeluarkan barang mangsa kebakaran daripada dewan tersebut
dengan alasan hendak digunakan untuk menjalan aktiviti kemasyarakatan.
“Pada Jumaat lepas, lepas dua jam kita
berunding dengan MPSJ, jam 5 petang mereka masuk, mereka keluarkan semua
barang, potong elektrik, air mereka tidak kisah. Cuma mereka tidak
tarik mangsa keluarga sahaja
“Mana mereka hendak buka puasa?
Kasihanlah, dewan itu dewan masyarakat. Takkan main badminton, bola
lebih penting daripada beri tempat berteduh kepada mangsa kebakaran?,”
katanya.
Dalam kejadian awal bulan lalu, sebanyak
10 keluarga hilang kediaman apabila rumah yang mereka duduki selama
empat generasi hangus dalam satu kejadian kebakaran.
Tujuh keluarga yang terdiri daripada lima
keluarga Islam dan dua India telah diletakkan di dewan sementara
manakala tiga lagi keluarga Cina berteduh dirumah saudara mereka.
Selain itu, memorandum itu meminta
kerajaan negeri menyelesaikan isu penempatan penduduk di situ seperti
mana yang dijanjikan oleh MPSJ dan ahli Parlimen DAP-Puchong, Gobind
Singh sejak 2008.
“Penduduk merayu kepada Menteri Besar
seperti mana yang dijanjikan oleh MPSJ dan Gobind Singh, rumah mereka
ditawarkan sekitar penempatan mereka ketika ini. Apa yang ditawarkan
rumah dua tingkat rumah teres seluas 16×65.
“Kita berharap kerajaan negeri Selangor
akan menunaikan janji ini memandangkan mereka dalam keadaan terdesak
sekarang selepas rumah yang mereka diami selama empat generasi, terbakar
baru-baru ini,” ujarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.