MALAYSIAKINI
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membawa pemikiran "sangat
berbahaya" kepada pembangunan insan kerana memberi mesej salah kepada
rakyat dalam isu 1MDB, kata Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar.
Dalam kenyataan beliau hari ini Mahfuz berkata, kenyataan Najib mengenai
sumbangan 1MDB untuk pembangunan masjid menunjukkan seolah-olah
seseorang boleh melakukan dosa sebanyak mungkin sebelum 'mencucinya'
dengan sedikit sedekah atau pun mengerjakan umrah.
"Inilah yang dilakukan 1MDB.
"Pengurusan
yang pincang dengan penyelewengan membabitkan tanggungan hutang RM42
bilion dicuci dengan sumbangan membina masjid dan membawa imam-imam
menunaikan ibadah haji dan umrah.
"Mudahnya memerintah Malaysia," katanya.
Mahfuz mengulas kenyataan dibuat Najib semalam mengenai sumbangan diberi 1MDB untuk "pembangunan Islam" di negara ini.
Untuk mengukuhkan hujah itu, perdana menteri memberi contoh sumbangan diberi Yayasan 1MDB untuk mengisi sebahagian daripada kos pembangunan semula Masjid Kampung Baru bernilai M20 juta.
Beliau juga sedih kerana 1MDB diberi gambaran buruk di media sosial.
Mahfuz yang juga bekas Ketua Penerangan PAS berkata, kenyataan Najib itu
memberi maksud seolah-olah beliau mahu rakyat, khususnya umat Islam,
memberikan kemaafan pada apa pun kesalahan yang di lakukan oleh 1MDB
kerana agensi itu turut melakukan kebaikan.
Katanya, pemikiran begitulah menyebabkan tiada usaha bersungguh-sungguh
di pihak penguatkuasaan undang undang bagi mengatasi segala
penyelewengan dalam pentadbiran negara.
"Lepas ini rompaklah sebanyak mana pun, kemudian perompak sumbang buat masjid. Tutup kes," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.