THE MALAYSIAN INSIDER
Seorang usahawan di
Rompin, Zulfikri Ghazali, 26, terpaksa menaikkan harga jualan keropok
lekornya selepas harga bahan mentah utama tanpa cukai barangan dan
perkhidmatan (GST) turut naik bermula 1 April lalu.
Zulkifli berkata pada mulanya beliau mampu menyerap kenaikan harga gas memasak sebanyak RM1 kepada RM28 setong sejak Mac lalu.
Malah, beliau juga masih mengekalkan harga lama keropok lekor dalam tempoh sebulan selepas GST diperkenalkan.
“Namun kini sudah jadi sebaliknya, walaupun tepung ubi tidak dikenakan
GST tetapi harganya tetap naik iaitu daripada RM41 bagi paket 20 kg
kepada RM45 selepas GST dilaksanakan,” katanya seperti dilaporkan Sinar
Online, semalam.
Beliau kini mengurangkan jumlah serta berat keropok yang dijualnya.
“Sebagai contoh, keropok lekor saiz kecil sebelum ini saya jual RM1
bagi lima batang tetapi sekarang terpaksa dikurangkan kepada 4 batang
saja. Harga keropok lekor saiz besar masih kekal RM3 tetapi beratnya
pula terpaksa dikurangkan.
“Saya tidak nafikan memang ada rungutan daripada segelintir pembeli
namun ramai yang memahami dan sudah boleh agak akan berlaku kenaikan
harga selepas GST dilaksanakan,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.