MALAYSIAKINI
Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini melepas dan membebaskan suami kepada
eksekutif pentadbiran TV9 Nur Syaleza Jaffar, daripada tuduhan membunuh
wanita itu tiga tahun lepas.
Hakim Datuk Abdul Halim Aman memutuskan sedemikian selepas berpuas hati
pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes
pendakwaan.
Beliau berkata kecurangan suami mangsa, Norazman Bashah Ahmad Azam
Bashah, 34, adalah punca Nur Syaleza menjadi murung sehingga menyebabkan
wanita itu bertindak membunuh diri.
Norazman Bashah didakwa membunuh Nur Syaleza, 31, di kediaman mereka di
Apartmen Saujana, Jalan PJU 10/1C, Damansara Damai, Petaling Jaya,
antara 12 tengah hari dan 7.30 malam, 28 Julai 2012.
Bekas eksekutif bahagian teknologi maklumat syarikat gas dan minyak itu
didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman
mati mandatori jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Rosidah Abu Bakar dan T
Deepa Nair manakala tertuduh diwakili peguam Muhammad Fadhli Sutris dan
Shah Rizal Abdul Manan.
Sebanyak 24 saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan memberi keterangan sepanjang perbicaraan.
-Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.