SHAH ALAM - Jabatan Mufti Selangor proaktif membanteras amalan tarekat
yang menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar dengan menerima setiap
aduan yang kemudiannya disiasat oleh bahagian penyelidikan Jabatan Agama
Islam Selangor (Jais).
Muftinya, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid berkata, Jawatankuasa Pengawalan
Akidah terlebih dahulu akan meneliti setiap hasil siasatan sebelum satu
kertas kerja lengkap akan dibawa dan dibincangkan dalam mesyuarat
Jawatankuasa Fatwa Selangor.
"Sekiranya amalan tarekat didapati menyimpang daripada ajaran Islam, ia akan diwartakan sebagai haram.
"Setakat ini Selangor sudah mewartakan enam kumpulan tarekat antaranya
Tarekat Al-Hasaniah, Tarekat Samaniah Ibrahim Bonjol, Tarekat Islam
Muhamad SAW Habibullah Al-Hashimi, Tarekat Zikrullah Hasan Anak Rimau
dan Naqsyabandiah Kadirun Yahya serta Tarekat Mufarridiah Ajaran Syeikh
Makmun Yahya," katanya kepada Sinar Harian.
Beliau berkata, kebanyakan amalan tarekat yang diwartakan berunsur penyembahan atau pengagungan kepada guru mereka.
“Ia bukanlah penyembahan secara langsung, tetapi ahli tarekat terlalu
mengagung-agungkan guru mereka seolah-olah sama taraf dengan Tuhan,"
katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.