KEADILAN DAILY
KUALA LUMPUR - Nilai saham Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengalami kerugian RM6 bilion sejak 6 hari lalu ekoran spekulasi pembelian aset tenaga milik syarikat kontroversi, 1Malaysia Development Berhad (TNB).
Menurut portal The Star Online, spekulasi itu memberi kesan kepada pasaran saham dan TNB rugi RM1.06 bilion sejak 18 Mei kerana dikatakan mungkin akan membeli aset jana kuasa 1MDB.
Kaunter semalam masih mencatatkan penyusutan 46 sen atau 3.36 peratus, ditutup pada RM13.24 – harga paling rendah sejak pertengahan Disember 2014.
Pada tengah hari ia ditutup rendah pada RM12.98 dan memadamkan 3.36 mata daripada aras Indeks Komposit Bursa Malaysia Kuala Lumpur (BSKL).
Minggu lalu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TNB Datuk Seri Azman Mohd berkata syarikat itu tidak akan membayar premium aset jana kuasa 1MDB. Bagaimanapun, ia tidak menghalang pasaran daripada melihat urus niaga yang dibuat itu dari sudut negatif.
“Ditambah dengan sensitiviti isu 1MDB, apa saja yang berkaitan dana itu akan menimbulkan respons yang tidak begitu positif sehingga penilaian dijelaskan.
“Ia menunjukkan betapa sensitifnya persepsi pasaran terhadap 1MDB,” penganalisis bank tempatan dipetik berkata kepada portal berita itu.
Beberapa laporan timbul mengenai kemungkinan TNB mengambil alih aset jana kuasa 1MDB pada Jumaat lalu dalam satu urus niaga yang dianggarkan bernilai RM16 bilion.
Menurut laporan, kuasa beli dibuat berikutan cadangan menjadikan urusan perniagaan TNB dipisahkan menjadi 3 entiti berbeza, iaitu penjanaan kuasa, pemancaran dan pengedaran.
Menurut The Star Online rancangan itu dijangka dibentangkan dalam perbincangan Kabinet bulan depan.
Pedagang saham UOB KayHian berkata, walaupun TNB pemerolehan aset kuasa Edra Global Energy Bhd (bahagian utiliti 1MDB) itu mungkin satu langkah positif bagi jangka masa panjang, tetapi penentuan harga masih menjadi perdebatan utama.
“Jika TNB membayar RM16 bilion untuk penjanaan kuasa pada kapasiti 3,190MW Edra, pada kami, ia mahal. Kita anggarkan aset Edra bernilai RM11.6 bilion, berdasarkan nilai pasaran gantian semasa,” katanya.
Katanya, andaian itu berdasarkan RM2.3 bilion kos penggantian loji kuasa gas dan kos penggantian loji tenaga pembakaran batu arang bernilai RM6.7 bilion.
“Dengan perbezaan harga hampir 40%, kita percaya urus niaga itu mungkin akan mengalami masalah dalam jangka masa terdekat,” katanya yang turut dilapor The Malaysian Insider.
Azman dilaporkan berkata, kumpulan itu tidak akan membenarkan projek loji kuasa Jimah East, dengan kod Track 3B gagal memandangkan Malaysia amat memerlukan kapasiti 2,000MW daripada loji tenaga pembakaran batu arang bagi memenuhi permintaan pada masa akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.