MALAYSIAKINI
NGO pendesak Melayu PERKASA menolak Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11)
yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak minggu
lalu, kerana didakwa tiada strategi dan rancangan ekonomi khusus untuk
Melayu dan Bumiputera.
Presidennya Datuk Ibrahim Ali berkata selepas Biro Ekonomi NGO itu
membedah RMK11 minggu lalu, mereka mendapati bahawa dokumen itu amat
kurang memberi penekanan kepada strategi ekonomi bagi kumpulan yang
membentuk majoriti penduduk.
Beliau berkata hanya lima peratus daripada keseluruhan dokumen - terdiri
daripada 389 muka surat dokumen teras dan 601 halaman dari 21 jilid
bagi halaman strategik - menyebut Melayu/strategi ekonomi bumiptera.
"Tanpa menyebut Melayu/Bumiputera dalam bab (dalam RMK11), negara akan
mudah hilang fokus terutamanya agenda khusus (untuk Melayu) termasuk
affirmative action.
"Contohnya, sekarang ini, betul kerajaan sediakan dana Tekun diberi
kepada semua kaum, Amanah Ikhtiar diberikan kepada semua kaum. Kita
setuju.
"Tapi dari segi (pembahagian) kek ekonomi negara, bumiputera masih jauh
ketinggalan," kata Ibrahim dalam sidang medianya hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.