Calon DAP dalam pilihan raya kecil (PRK) Teluk Intan Dyana Sofya Mohd
Daud mempersoal lima janji manifesto BN di kawasan itu setahun lalu yang
kini dianggapnya "janji tinggal janji" dan BN masih "berdolak dalih"
melaksanakannya.
Genap setahun calon BN Datuk Mah Siew Keong memenangi PRK itu hari ini, Dyana yang juga setiausaha Politik kepada Lim Kit Siang berkata pelbagai tanda tanya timbul mengenai janji manifesto BN itu kepada pengundi parlimen itu.
Dyana membangkitkan janji itu antaranya pembinaan institusi pengajian tinggi terkemuka, menara jam condong diisytihar sebagai tapak Warisan Dunia Unesco dan menjadikan parlimen itu sebagai hab pertanian moden.
Selain itu, beliau juga bertanya mengenai perkembangan kemudahan zon wifi dan rancangan tebatan banjir di Teluk Intan dengan anggaran kos sebanyak RM360 juta.
"Penduduk dan pengundi Teluk Intan semestinya ingin mengetahui apakah status terbaru berkenaan pelbagai pelan pembangunan dan penambahbaikan yang dijanjikan.
"Saya berharap supaya manifesto itu bukan hanya janji tinggal janji dan menggesa agar ia dikotakan oleh Ahli Parlimen Teluk Intan, Datuk Mah Siew Keong yang juga merupakan seorang menteri kanan kerajaan BN," katanya dalam kenyataannya hari ini.
Mengulas mengenai pembinaan universiti, Dyana berkata penduduk masih menunggu untuk mendengar pelan terperinci pembangunannya serta manfaat yang diperolehi jika ia terlaksana.
"Sehingga kini, lot tanah yang telah dikenalpasti untuk pembinaan sebuah universiti masih belum digazetkan dan masih lagi di bawah nama sebuah syarikat tersenarai awam.
"Pelan terperinci pembangunan universiti juga masih belum diketahui.
"Sebelum ini, penekanan ke arah pendidikan melalui manifesto tersebut dikatakan bakal mengubah wajah bandar Teluk Intan," katanya.
Berkaitan menara condong, Dyana mempersoal tindakan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali lagi mengisytihar menara itu sebagai Bangunan Warisan Kebangsaan pada Februari tahun lalu sedangnya tindakan yang sama dibuat oleh Tan Sri Rais Yatim selaku menteri kabinet ketika itu Mei 2012.
"Oleh itu, pengumuman oleh timbalan perdana menteri pada Februari lepas tidak menandakan usaha baru dalam mendapatkan pengiktirafan antarabangsa.
"Adakah pengisytiharan kali kedua oleh TPM itu hanya untuk memperdayakan pengundi?" kata Dyana.
Mengulas berkaitan hub pertanian pula, Dyana menjelaskan kerajaan Perak pada Disember 2014 menyatakan tiada cadangan menjadikan parlimen itu sebagai hub pertanian moden sekaligus menafikan janji BN yang dibuat Mah.
"Jadi, bagaimanakah Teluk Intan boleh dijadikan hab pertanian moden seperti yang telah dijanjikan?" soal Dyana.
Mah jawab
Bagaimanapun, dalam akhbar Cina Kwong Wah semalam melaporkan Mah berkata beliau telah memenuhi 70 peratus janji pilihan raya kecil Teluk Intan.
Ini termasuk tebusguna tanah untuk pembinaan sebuah universiti di parlimen itu, pembinaan benteng sungai dan penubuhan empat uusat Unifi menjelang 2016.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.