Jumaat, 29 Mei 2015

Isu ISMA terlanjur: ‘Kau mungkir janji’

rock

Roketkini.com


KUALA LUMPUR,: Selepas terlanjur kata mengaitkan Search sebagai “hantu”, seorang pemimpin muda ISMA didakwa memungkiri janjinya untuk menghubungi vokalis kumpulan rock legenda itu.

Dalam statusnya di akaun Instragram, Amy – atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman – berkata, Lukman Al-Hakim menyatakan kepada isteri beliau, dia akan menelefon semula pada petang kelmarin.

“Ketua ISMA dan motivator telefon Norish (isteri Amy) dan nak bercakap dengan aku. Norish cakap kepada dia, kamu harus buat permohonan terbuka. Aku tidak ada, dia cakap nak hubungi balik pada waktu petang, tapi dia tak hubungi pun,” ujar Amy.

searchDipercayai Amy ketika itu sedang menemui seorang ustaz bagi urusan Sekolah Al-Quran dan Hadith Al-Bayan di Cyberjaya.

Sebelum ini Lukman terjebak dalam kontroversi apabila mengecam Festival Belia Putrajaya dan menyalahkan “hantu-hantu” merosakkan belia negara.

(Baca berita berkaitan: Selepas jin, ISMA ber-‘hantu’ pula)

Komen Lukman itu disertai dengan gambar kumpulan Search yang turut mengambil bahagian dalam festival pada hujung minggu lalu.

Lukman kemudian memadamkan entri tersebut sebelum meminta maaf kepada Amy.

Mengenai kutukan itu, Amy berkata, Lukman tidak perlu meminta maaf kepadanya.

Sebaliknya, kata Amy, Lukman perlu memohon maaf kepada kawan-kawan Search serta peminat kumpulan berkenaan.

“Dan yang paling penting, (kepada) belia yang dia tuduh rosak dan semakin rosak disebabkan hantu seperti kami. Minta dia (Lukman) hormat sikit hari belia, itu hari untuk kita semua bersatu,” terang Amy lagi. – Roketkini.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.