Oleh: Nadia Hanafi
KUALA LUMPUR- DAP Sabah menggesa kerajaan menyelesaikan krisis keselamatan di Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSZONE) dengan holistik kerana walaupun dengan penubuhannya, isu keselamatan Sabah masih kritikal.
Perkara ini dinyatakan dalam satu memorandum oleh DAP Sabah yang diwakili Pengerusi DAP Sabah, Jimmy Wong Sze Phin ; Timbalan Pengerusi DAP Sabah, Stephen Wong; dan Naib Pengerusi DAP Sabah, Chan Foong Hin kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
“Masalah keselamatan di kawasan ESSZONE telah menjadi bencana kepada rakyat, pelancong, dan ekonomi Sabah.
“Ia bukan sekadar krisis keselamatan kawasan pesisir pantai timur Sabah, tetapi juga krisis keyakinan dan kepercayaan terhadap ESSCOM yang sepatutnya bertanggungjawab dalam memastikan kedaulatan negeri dan keselamatan rakyat terjamin,” kata mereka dalam memorandum kepada Najib Razak.
ESSCOM adalah kawasan kawalan keselamatan meliputi 1,400 kilometer di kawasan pantai timur Sabah bermula dari Kudat sehingga ke Tawau.
Manakala ESSZONE atau Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah adalah sebuah zon yang dilancarkan Perdana Menteri pada 25 Mac 2013 sebagai tambahan kepada ESSCOM. Ia diwujudkan berikutan krisis pencerobohan yang berlaku di bahagian timur Sabah.
Menurut Jimmy, tujuan mereka menyerahkan memorandum kepada perdana menteri kerana ESCOMM menunjukkan mereka tidak mempunyai ‘disiplin’ untuk menjaga keselamatan dan keamanan penduduk di sabah.
“Ketika apa yang berlaku (kes penculikan) di Sandakan, tidak ada orang jaga di kawasan masing-masing.
“Kerajaan perlu siasat tuntutan kita ini. Saya lihat walaupun banyak peruntukan, namun ESSCOMM tidak berkesan. Betulkah peruntukan sampai kepada ESSCOM kerana peruntukannya banyak,” katanya.
ESSCOM sendiri dicabar selamatkan mangsa culik
Selain itu, Jimmy Wong turut mencabar pasukan ESSCOM menunjukkan fungsinya yang sebenar menyelamatkan dua mangsa terbaru yang diculik di restoran makanan laut di Sandakan baru-baru ini.
Katanya, sebelum ini mangsa-mangsa penculikan diselamatkan dengan memberi wang tebusan kepada penjenayah, maka kali ini beliau mahu mangsa terbaru tersebut diselamatkan sendri oleh anggota ESSCOM tanpa memberi wang tebusan.
“Tiap kali orang Sabah kena culik, akhirnya bukan ESSCOM yang pergi selamatkan mangsa tersebut tetapi hanya bagi duit. Jadi sekarang, saya cabar kali ini selamatkan dua mangsa itu, jangan akhirnya pakai duit untuk selamatkan mangsa itu,” katanya.
Jimmy berkata, sekiranya anggota ESSCOM tidak dapat melakukan perkara tersebut, lebih baik ia dibubarkan.
“Kalau tidak dapat lakukan, baik bubar esscom kerana buat apa ada esscom sekiranya tidak selamat,”katanya dalam satu kenyataan media.
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
BalasPadamJika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)