MALAYSIAKINI
Polis akan merakam kenyataan pihak yang terlibat dalam perhimpunan antisalib di Petaling Jaya hari minggu lalu hari ini.
Kenyataan pemimpin masyarakat setempat Datuk Abdullah Abu Bakar, yang
juga abang ketua polis negara Tan Sri Khalid, dijadual dirakam di ibu
pejabat polis daerah (IPD) Petaling Jaya.
Abdullah berkata beberapa orang lagi peserta perhimpunan Ahad lalu turut dipanggil.
Beliau masih belum mempunyai butiran lanjut berhujung perkara itu.
Beliau juga berkata sedia memberikan kerjasama dan akan hadir ke balai polis sebelum jam lima petang hari ini.
Abdullah juga berkata tidak akan membawa peguamnya untuk sesi itu.
“Buat apa nak bawa peguam, isu ini tak ada apa pun,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.