Isnin, 27 April 2015

PKR dakwa isu tempatan tidak penting, tumpu GST sahaja

 Oleh Sharifah Azmawati Syed Abdul Aziz

 
Post Pic
 
 
 
PERMATANG PAUH: PKR mahu menyempitkan kempen Permatang Pauh kepada isu-isu nasional seperti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sahaja walaupun akur wujud masalah tempatan di kawasan Parlimen itu membabitkan kebajikan dan keselamatan penduduk.
 
Pengarah Pilihan Raya Pusat PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendakwa kemarahan pengundi lebih kepada GST berbanding isu tempatan.
 
“Betul dalam turutan masalah yang disuarakan oleh rakyat, memang ada beberapa isu lokal, namun isu itu tidak mengatasi kemarahan dan ketidakpuasan hati rakyat terhadap isu GST. Misalnya lampu jalan yang aduan sudah dibuat tetapi belum mendapat tindakan, memang isu ada di sini.
 
“Tetapi isu itu dari segi turutan rasa tidak puas hati rakyat, dia ada di turutan belakang sekali. Pada kita, isu GST ini melampaui semua peringkat umur, semua status ekonomi dan semua lapisan masyarakat,” kata beliau kepada Antarapos.
 
Bagaimanapun strategi PKR itu dilihat lebih kepada menutup kelemahan rekod lampau Datuk Wan Azizah Wan Ismail sepanjang beliau dan suaminya menjadi wakil rakyat di situ selepas menyertai pembangkang pada tahun 2008.
 
Segala pembangunan utama di Permatang Pauh adalah ketika Anwar masih dalam kerajaan.
 
Sungguhpun Pakatan Rakyat menubuhkan kerajaan negeri sejak tahun 2008, kawasan itu terus ketandusan pembangunan infrastruktur.
 
Selain itu penduduk dihimpit dengan kenaikan lesen perniagaan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kekurangan peluang pekerjaan.   
 
Wan Azizah sebelum ini dibidas kerana gagal menunaikan janji untuk menyelesaikan masalah-masalah kesesakan lalu lintas dan banjir di Kajang setelah dilantik menjadi ADUN di situ tahun lalu.
 
Saifuddin yakin strategi membelakangkan isu tempatan dan memberi tumpuan kepada GST akan membawa kemenangan besar untuk Wan Azizah.
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.