MALAYSIAKINI
Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah dan pegawainya Mandeep Singh hari
ini ditahan polis susulan perhimpunan Kita Lawan pada 28 Mac lalu.
Maria ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan beliau ditahan polis.
Peguam Honey Tan di Twitter menyebut Maria ditahan bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan berkaitan perhimpunan haram.
Penangkapan Mandeep pula disahkan oleh Kita Lawan melalui kenyataan sebentar tadi.
“Dua-dua pun kena tangkap. Sekarang (sebentar tadi) Mandeep bagi kenyataan.
“Saya dah bagi kenyataan. Lepas itu saya fikir mereka akan beri jaminan,” katanya.
Maria pada mulanya datang untuk merakamkan kenyataannya dengan ditemani oleh Mandeep.
Bagaimanapun sejurus selepas itu polis menangkap Mandeep dan mengambil kenyataannya.
Sementara itu sekretariat Kita Lawan dalam satu kenyataan mengecam penangkapan tersebut.
Menurut kenyataan itu, tangkapan berkenaan adalah usaha menakut-nakutkan orang ramai menjelang perhimpunan Jumaat ini.
Namun, kata Kita Lawan, sebaliknya langkah itu diyakini hanya akan
menaikkan semangat orang ramai meneruskan hak berhimpun secara aman.
“Rakyat berhak berhimpun untuk melawan GST (cukai barangan dan perkhidmatan)," kenyataan itu dipetik.
Sementara itu Mandeep dan Maria telah dibebaskan selepas memberi kenyataan selama lebih dua jam mulai 11 pagi hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.