MALAYSIAKINI
MP Serdang Ong Kian Ming berkata, Majlis Perbandaran Subang Jaya kini
mungkin disaman kerana membatalkan konsert Thirst 2015 ekoran bantahan
seorang ADUN kawasannya.
Dalam surat terbukanya kepada ADUN Sri Serdang, Noor Hanim Ismail, Ong
membangkitkan bahawa bantahan wakil rakyat tersebut menyebab polis
menarik balik sokongan pada konsert berkenaan.
Sedangkan, kawasan yang diwakili Noor Hanim tidak meliputi kawasan tempat konsert itu berlangsung, katanya.
Katanya, aduan Noor Hanim itu menimbulkan masalah kerana ia berdasarkan maklumat salah dan kejahilan ADUN PAS itu.
Sedangkan, MPSJ sudahpun mengambil langkah tertentu untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.
"Oleh itu ada kemungkinan bahawa penganjur terlibat mungkin mengambil
tindakan undang-undang ke atas MPSJ kerana menarik balik permit hiburan
pada saat akhir.
"Jika MPSJ terpaksa membayar gantirugi kepada mereka disebabkan
keputusan mahkamah, ia akan membazirkan dana awam yang sepatutnya
digunakan kepada pembayar cukai MPSJ,” katanya.
Menurut sumber industri, kira-kira RM5 juta dibelanjakan untuk acara tersebut.
Ong berkata, MPSJ menguatkuasa 26 peraturan ketat ke atas penganjur,
yang menghalang individu bawah umur dan orang Islam daripada
menghadirinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.