PETALING JAYA: Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang Mohd Yusni Mat Piah nekad
untuk tidak mengerahkan jentera parti bagi membantu kempen Pilihan Raya
Kecil (PRK) Permatang Pauh.
"Kami tak boikot, cumanya tak akan ada kerahan jentera. Jangan harap
PKR dapat guna jentera Pemuda PAS Pulau Pinang di Permatang Pauh nanti,"
katanya.
Memetik laporan mStar Online, Mohd Yusni berkata tindakan itu ekoran
tindakan PKR yang enggan menarik balik penghinaan dan mengemukakan
permohonan maaf terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Ditanya sama ada keengganan Pemuda PAS untuk membantu calon PKR di
Permatang Pauh akan dianggap mengingkari arahan parti, Mohd Yusni
bagaimanapun menegaskan bahawa pihaknya tidak mengeluarkan arahan
boikot.
"Bukan boikot, tak pernah keluar arahan begitu. Tapi kalau PKR tak mahu
mohon maaf juga, kami Pemuda PAS akan tengok saja kempen itu nanti.
Jangan harap kami tolong.
"Siapa (Pemuda PAS) yang nak turun, turunlah (berkempen). Tiada
halangan kepada mereka. Tapi anda tak akan lihat jentera kami...itu
sahaja," katanya.
Pada Isnin, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengeluarkan arahan
rasmi daripada PAS Pusat supaya jentera di semua peringkat di Pulau
Pinang, Kedah, Perlis dan Perak membantu kempen sekutu mereka di
Permatang Pauh.
Kemelut pakatan pembangkang diperingkat akar umbi di Pulau Pinang
tercetus ekoran PKR meminta Hadi meninggalkan PAS kerana dilihat menjadi
liabiliti kepada usaha mengukuhkan pakatan pembangkang menerusi
tindak-tanduk yang ‘mesra Umno’.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.