MALAYSIAKINI
Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka memberikan ulasan terkini mengenai isu
semasa dalam satu majlis bual bicara yang diadakan untuknya di Taman
Melawati, Hulu Kelang, Sabtu ini.
Majlis itu dianjurkan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang dikenali sebagai Prihatin.
Poster yang tersebar menyatakan majlis Bicara Negarawan itu bermula pada jam 9.30 pagi.
Acara itu adalah sesi bual bicara pertama yang terbuka untuk umum sejak Dr Mahathir mengkritik kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak awal April lalu.
Sementara itu, wakil penganjur yang enggan dikenali mengesahkan
kehadiran Dr Mahathir, namun mendakwa tidak tahu-menahu apa yang akan
beliau diperkatakan.
"Kita lihat nanti apa yang Tun nak cakapkan. Terpulang kepada beliau,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Jelasnya, oleh kerana sudah lama Dr Mahathir tidak mengadakan program
bersama orang ramai, maka majlis Sabtu ini adalah masa terbaik untuk
menjemputnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.