MALAYSIAKINI
Seorang ahli parlimen tidak yakin dengan kenyataan timbalan menteri
pendidikan bahawa penguasaan bahasa Inggeris di negara ini lebih baik
daripada penguasaan bahasa itu di Singapura.
Ong Kian Ming mempertikai kenyataan P Kamalanathan baru-baru ini bahawa Malaysia berada di tangga teratas dalam penguasaan bahasa itu di Asia.
Sabtu lalu, timbalan menteri itu merujuk Indeks Kepetahan Berbahasa
Inggeris yang dijalankan oleh EF Education First, sebuah laman web
kajian di Sweden yang meneliti penggunaan bahasa itu di kalangan ahli
perniagaan.
"Kita berada pada nombor satu dan anda pasti gembira kerana Singapura
berada di belakang kita. Dan bukannya saya dakwa," kata Kamalanathan.
Ong
menunjukkan beberapa keterangan gambar di laman web Pejabat Perdana
Menteri (PMO) yang mempunyai tatabahasa Inggeris yang lintang-pukang dan
memalukan.
Dalam kenyataannya, imej pertama menerangkan kehadiran perdana menteri
di upacara penghormatan terakhir Lee Kuan Yee tetapi membawa maksud
bekas perdana menteri Singapura itu meninggal dunia di Parlimen.
Ia berbunyi: "Prime Minister Najib Razak and his wife, Rosmah Mansor
present to pay their last respects to the late first Prime Minister of
Singapore, Lee Kuan Yew, who had died in Parliament today.
"(Keterangan
foto) ini teks asal. Ia telah disunting selepas menerima banyak aduan
daripada pengguna Internet. Tetapi masih ada beberapa kesilapan," kata
ahli parlimen DAP Serdang.
Imej kedua keterangan foto yang disertakan dalam kenyataan Ong pula
membawa maksud Lee, sebelum menghembuskan nafas terakhir, ditahan di
hospital besar Singapura.
Keterangan asal berbunyi begini: "Kuan Yew died at 3:18am yesterday at
the Singapore General Hospital after being detained in hospital since
February 5 for pneumonia severe. He was 91 years old."
Ong berkata beliau tidak yakin kelemahan-kelemahan ini satu kes yang
terpencil tetapi membayangkan penguasaan buruk bahasa itu di negara ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.