MALAYSIAKINI
Masyarakat perniagaan Cina secara umumnya lebih pesimis terhadap prospek
ekonomi pada 2015 dan 2016 ekoran pelaksanaan Cukai Barangan dan
Perkhidmatan (GST).
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kajian Sosioekonomi Gabungan Dewan
Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) Peck Boon Soon
berkata tahun ini antara tahun-tahun paling pesimis untuk masyarakat
perniagaan Cina dalam tempoh sepuluh tahun.
“Penyebab
utama adalah pelaksanaan GST yang akan bermula pada 1 April, dan juga
kejatuhan harga minyak mentah serta dasar kerajaan untuk membendung
spekulasi harta tanah,” kata Peck.
Menurut laporan kajian berhubung keadaan ekonomi Malaysia untuk separuh
kedua 2014, sebanyak 66.3 peratus responden menyatakan kurang yakin
terhadap prospek ekonomi Malaysia.
Untuk prospek 2016, sebanyak 51.2 peratus responden melihat masa depan yang suram.
Dapatan itu menunjukkan tahap pesisis di kalangan masyarakat perniagaan untuk tahun ini dan tahun depan meningkat dengan ketara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.