Sabtu, 28 Mac 2015

Ikat jamin peserta GST RM3,000 ‘hukuman’ sebelum dihukum

SELANGOR KINI


SHAH ALAM : Keputusan mahkamah mengenakan ikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin ke atas 25 individu ditahan ekoran protes GST sebagai berlebihan dan bersifat menghukum.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata ikat jamin hanya bertujuan menjamin kehadiran orang kena tuduh ke Mahkamah.

14926_435800073240625_8540927330384265787_n

Katanya, mahkamah sepatutnya menggunakan budi bicara diamanahkan kepadanya dengan penuh kebijaksanaan.

“Mereka ditahan bukan dari kalangan penjenayah berbahaya atau mempunyai rekod jenayah yang harus diikat jamin begitu tinggi memastikan kehadiran mereka,” kata Nik Nazmi dalam kenyataan media.

Katanya, 15 orang Penyokong UMNO yang merempuh masuk DUN di Pulau Pinang tahun lepas yang mengugut dan merosakkan harta awam di dalam dewan hanya didenda RM1,500.

“Sementara peserta perhimpunan aman di luar pejabat Kastam ini yang belum pun dibicarakan telah ‘dihukum’ terlebih dahulu,” katanya.

Nik Nazmi berkata mereka yang ditahan itu adalah individu yang hanya menggunakan hak bersuara mereka sepertimana yang dijamin di bawah Perlembagaan.EZY


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.