Sabtu, 28 Mac 2015

Demi ekonomi negara, PM harus lepaskan jawatan Menteri Kewangan- Kadir Jasin

 
Najib jadi Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB, semestinya dia guna kuasa yang ada selaku perdana menteri dan menteri kewangan untuk melakukan apa yang beliau hendak lakukan.


kadir jasin



PETALING JAYA: Bekas ketua pengarang Kumpulan Akhbar News Strait Times, Datuk Kadir Jasin mendakwa krisis ekonomi negara menjadi semakin buruk apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri menerajui Kementerian Kewangan sekaligus menyebabkan berlakunya ‘konflik bertentangan’.

“Semasa zaman pemerintahan Tun M, saya pernah mengeluarkan pendapat bahawa perdana menteri tidak sesuai memegang jawatan menteri kewangan, sebab ia akan menyebabkan berlakunya konflik bertentangan,” demikian katanya semasa berucap di dalam forum bicara masa depan ekonomi Malaysia di Shah Alam malam tadi.

Beliau juga sebelum ini pernah mengungkitkan hal yang sama apabila bekas perdana menteri Datik Seri Ahmad Badawi Abdullah menjadi menteri kewangan dalam masa yang sama supaya jawatan itu tidak dipegang terlalu lama.

“Sekarang, dia (Najib) jadi Pengerusi Lembaga Penasihat 1 Malaysia Development Berhad (1MDB), semestinya dia guna kuasa yang ada (selaku perdana menteri dan menteri kewangan) untuk melakukan apa yang beliau hendak lakukan,” ujarnya.

Beliau mengkaui perkara ini terbukti jelas apabila Najib mengarahkan 1MDB disiasat dan dilakukan audit, pada masa sama beliau secara terang-terangan bertindak campur tangan dengan manafikan bahawa Jho Low dan Riza Shahriz Abdul Aziz terlibat dengan 1MDB.

Walau bagaimanapun, Kadir menjelaskan isu 1MDB sebenarnya ada kebaikkanya isu itu menjadi bahagian daripada masalah kegawatan ekonomi yang sedang berlaku.

Ini kerana krisis tersebut mengungkitkan minat ramai rakyat dan menyedarkan mereka mengenai kegawatan ekonomi yang sedang berlaku sehingga ada yang sanggup turun ke jalan untuk melakukan demonstrasi.

Apapun, Kadir menyampaikan rasa kurang senang terhadap masa depan ekonomi Malaysia yang dikhuatiri akan bertambah merosot jika pemimpin dan rakyat melibatkan isu kewangan negara dengan politik kerana ia akan memburukkan lagi keadaan.

“Sebelum negara kita menjadi negara yang gagal, kita wajib bertanggungjawab dan perlu berfikir di luar kerangka politik, bukan hanya mengenai UMNO, DAP, PAS, PKR sahaja,” demikian kata Kadir.

Malah, katanya masalah hutang negara boleh diselesaikan dengan syarat seluruh rakyat Malaysia bersatu dan bersama memikirkan cara yang terbaik bagi menangani krisis ini.

“Jika perkara ini tidak diselesaikan, bukan sekadar anak cucu kita akan menanggung hutang negara, tetapi mungkin menyebabkan negara muflis pada masa akan datang.

“Ekonomi negara kita tidak lagi kukuh, realitinya ekonomi negara tidak sekukuh sebelum tahun 1997,1998,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.