Sabtu, 28 Mac 2015

Berhenti jadi pengadil di media sosial dan banteras jenayah di dunia nyata



Oleh V Shuman 


Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang sejak akhir-akhir ini aktif di laman media sosial (kebanyakannya atas sebab yang salah), baru-baru ini telah membuat jenaka paling besar.

Selepas menerima kritikan meluas kerana kelakuannya di Twitter, Khalid mengabsahkan kehadirannya di platform itu dengan berkata, “Saya seperti seorang pengadil di media sosial.”

Tuan tahu, hidup ini lebih sekadar perlawanan bola sepak dan Malaysia lebih besar dan jauh lebih merbahaya berbanding padang bola, untuk anda menumpukan perhatian dan bazirkan tenaga di “padang” tersebut.

Ketika anda sibuk mengejar pengguna media sosial, menunjukkan kad kuning dan merah kepada mereka, rakyat Malaysia yang tidak bersalah di dunia sebenar sedang dirompak, diragut dan malah dikelar di siang hari.

Sementara anda sibuk meniup wisel dan memberi arahan kepada penjaga garisan anda; gangster, pengedar dadah dan pengendali pusat maksiat bebas bergerak dan menjadikan rakyat tidak bersalah sebagai mangsa, sementara bakal militan merekrut ahli-ahli baru di tepi padang tempat anda sendiri menjadi pengadil.

Baru-baru ini, Khalid dipetik sebagai berkata, beliau menggunakan Twitter untuk memberi arahan kepada pegawainya untuk mendapat maklum balas yang pantas, terutama berhubung komen-komen berbau hasutan.Masyarakat sentiasa mahukan kita bertindak dengan segera tetapi apabila saya berbuat demikian, perkara itu dilihat tidak betul pula,” kata Khalid.


Tuan seriuskah?

Benar tuan, kami memang mahu polis bertindak secara pantas, namun bukan terhadap kes yang anda atau sesetengah pihak lihat sebagai menghasut.

Apa yang kami mahukan adalah tindakan segera terhadap hal-hal yang memberi kesan kepada kehidupan rakyat Malaysia sehari-hari. Perkara yang merbahayakan nyawa dan anggota badan mereka – dan akhirnya reputasi negara.

Jika anda sudah terlupa, ini adalah satu peringatan: Peningkatan kes ragut, rompak, bunuh, industri maksiat yang terus berkembang, masalah pemerdagangan manusia yang telah meletakkan negara kita dalam kelompok terendah dalam senarai antarabangsa bagi jenayah tersebut, serta rasuah yang berleluasa, termasuk dalam pasukan anda.

Kebanyakan jenayah ini tidak dibendung, pada masa sama polis memiliki pasukan khas untuk mencari mereka yang menyuarakan pandangan berbeza di media sosial.

Jenayah-jenayah di atas yang mampu menjejaskan kestabilan, keselamatan dan keharmonian negara. Bukannya komen daripada pengguna internet yang meluahkan kerisauan terhadap keadaan semasa, atau kekecewaan ke atas pentadbiran negara.

Anda pernah dengan tentang “keutamaan”?

Khalid juga berkata, komen-komen menghasut di internet semakin berkurang sejak beliau aktif di Twitter.

Wow, beliau benar-benar mengiranya sendiri? Tidak hairanlah keadaan jenayah di negara ini teruk.
Bolehkah mana-mana pihak memberitahu Khalid yang beliau bukanlah “Neo” dalam filem the Matrix, dan kita tidak hidup dalam grid komputer?

Ada badan seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang bertanggungjawab memantau media sosial, dan mereka tidak memerlukan seorang ketua polis untuk membuat kerja mereka.

Jika Khalid sememangnya ketagih dengan media sosial, barangkali beliau patut menimbang untuk mengetuai SKMM, dan biarkan orang lain untuk menjalankan tugas polis yang sebenarnya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.