MALAYSIAKINI
Para penyelidik percaya bahawa pengemulsi (emulsifiers) – ramuan
tambahan dalam makanan - boleh menambah berat badan dan meningkatkan
kadar untuk menghidap penyakit seperti kencing manis, kolitis dan
penyakit Crohn.
Penyakit Crohn adalah sejenis penyakit keradangan usus (IBD),
menyebabkan bengkak dan masalah saluran usus, manakala colitis merupakan
radang usus besar (kolon, usus buntu dan rektum).
Pengemulsi – yang semulajadi dan sintetik - digunakan untuk membuat
makanan berkrim dan menjadi tebal serta memanjangkan tempoh tamat
penggunaannya.
Penyelidikan baru mendapati pengemulsi komersial mempunyai struktur
kimia yang serupa dengan bahan pencuci yang mempunyai kesan negatif ke
atas badan.
Hasil ujian awal ke atas tikus, penyelidik di Georgia State University
mendapati beberapa pengemulsi ini menjejaskan keseimbangan bakteria baik
dalam badan dan mengakibatkan radang usus – dan proses itu menyebabkan
penyakit kencing manis dan dan menambah berat badan.
Satu penyelidikan yang diterbitkan dalam Nature, memberi tumpuan kepada
dua pengemulsi ini - polysorbate 80 dan carboxymethylcellulose - bahan
tambahan yang paling biasa dijumpai seperti dalam ais krim, marjerin,
mayonis, sos berkrim, roti dibungkus dan banyak lagi makanan yang
diproses.
“Kami merasakan terdapat beberapa faktor bukan genetik di luar sana, ada
faktor alam sekitar, yang boleh menjelaskan mengenai peningkatan dalam
penyakit-penyakit radang yang kronik,” kata Pakar imunologi Georgia,
Andrew Gewirtz
“Dan kami menyangka bahawa pengemulsi adalah calon yang baik kerana ia
sentiasa ada dan secara kasarnya, penggunaannya selaras dengan
peningkatan penyakit-penyakit ini. Tetapi kami terkejut dengan kesannya
yang begitu kuat,” tambahnya.
- Independent
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.