Rong Chenok
PASIR MAS - Cadangan untuk menghukum ibu bapa yang merotan anak sebagai kesalahan mendapat reaksi daripada pelbagai pihak termasuklah golongan pendidik.
Bagi Mudir Sekolah Tahfiz Al-Balaghul Mubin, Rong Chenok, Zulkefli Shafie berkata, cadangan tersebut dilihat kurang sesuai dengan budaya umat Islam di negara ini yang menjadikan rotan sebagai salah satu pendekatan mendidik anak-anak supaya menjadi manusia yang berguna.
“Saya tidak bersetuju sekiranya tindakan merotan anak menjadi satu kesalahan jenayah.
“Ini kerana hadis Nabi Muhammad SAW ada menyebut bahawa perintahkanlah anakmu mendirikan solat ketika usianya 7 tahun dan pukullah mereka sekiranya sudah berusia 10 tahun,” katanya.
"Secara peribadi, saya berpendapat tidak salah merotan anak-anak dengan tujuan untuk mendidik dan mengikut syariat yang telah digariskan oleh agama Islam,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.